Berikut merupakan 25 soalan yang sering ditanya berkenaan TEKNIK FOREX SEBENAR

SOALAN 1 : SAYA TAK TAHU APA-APA PASAL FOREX. ADAKAH TEKNIK FOREX SEBENAR SESUAI UNTUK SAYA? +

JAWAPAN : Memang sebaiknya TEKNIK FOREX SEBENAR ni untuk newbie. Ia dapat menjimatkan masa anda untuk mempelajari teknik yang digunakan oleh professional trader, money management yang sepatutnya, bagaimana mengawal emosi trade, kriteria pemilihan broker, apa yang perlu dielakkan dalam forex dan macam-macam lagi. Ia juga AMAT SESUAI untuk trader lama yang masih tidak boleh menjana keuntungan secara konsisten.

Semua ini adalah kritikal dalam membantu anda menjadi trader yang berjaya. Pengalaman adalah guru terbaik. TETAPI, bagaimana nak mula menimba pengalaman kalau awal-awal lagi asas pun tak betul kan?

Dengan TEKNIK FOREX SEBENAR, anda akan mendapat segala ilmu yang diperlukan untuk berjaya dalam forex. Jika anda bermula daripada zero atau kosong, masa yang diambil dengan usaha yang gigih secara berterusan untuk menguasai forex adalah kira-kira 3 bulan sahaja selagi anda berpandukan ilmu dari TEKNIK FOREX SEBENAR. 😉

SOALAN 2 : BETUL KE SAYA TAK PERLU JUAL BARANG / CARI DOWNLINE / PELANGGAN / KLIEN / BUAT KERJA BERAT UNTUK MENJANA WANG MELALUI FOREX? +

JAWAPAN : Ya, memang betul!! Anda hanya perlukan komputer, internet dan sedikit modal (serendah USD20 atau RM80 pun boleh). Mula-mula buat analisis menerusi trading platform, kemudian buka position BUY atau SELL berdasarkan analisis anda, dan lihatlah hasilnya. Anda hanya perlu klik-klik atau tap-tap sahaja pada komputer / smartphone / tablet anda.

Tak perlu keluar rumah, tak perlu bekerja keras, tak perlu jual barang, tak perlu berpeluh mencari downline dan sebagainya. Ia dijamin tidak akan mengganggu "quality time" anda bersama keluarga dan orang-orang tersayang. Ia sememangnya merupakan satu peluang penjanaan pendapatan yang paling mudah, cepat dan lumayan.

AWAS!! Sekarang terlalu banyak pihak tidak bertanggungjawab mempromosikan broker mereka dan menyuruh anda mencari klien atau downline bagi mendapatkan komisen. ITU BUKAN FOREX TRADING!! Forex trading adalah aktiviti menjana keuntungan melalui transaksi jual beli matawang. Sekiranya anda disuruh membuat perkara-perkara selain daripada itu, besar kemungkinan ia adalah scam atau penipuan. Elakkan diri anda daripada terpedaya.

SOALAN 3 : SAYA SUDAH BERPENGALAMAN LAMA DALAM FOREX. ADAKAH TEKNIK FOREX SEBENAR RELEVAN KEPADA SAYA? +

JAWAPAN : Kami akan bertanya kembali kepada anda, “Adakah anda sudah profit secara konsisten dalam forex?” Jika jawapan anda “YA”, TEKNIK FOREX SEBENAR bukan untuk anda. Kekalkan apa yang anda gunakan sekarang.

TETAPI, jika jawapan anda “TIDAK”, ertinya anda masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Kandungan TEKNIK FOREX SEBENAR adalah sangat lengkap mencakupi semua aspek dalam forex trading. Mungkin anda berpengalaman, tetapi ada sesetengah ilmu yang belum pernah anda pelajari. Di sinilah TEKNIK FOREX SEBENAR akan membantu untuk memperkayakan dan melengkapkan lagi ilmu forex anda.

Melalui TEKNIK FOREX SEBENAR, anda pasti dapat memahami punca kenapa anda tidak dapat profit secara konsisten sebelum ini, dan seterusnya dapat mengelakkan tabiat sama daripada berulang.

SOALAN 4 : ADAKAH BUKU & DVD TERSEBUT AKAN DIHANTAR TERUS KE RUMAH SAYA? JIKA YA, BILAKAH SAYA AKAN MENERIMANYA? BOLEHKAH SAYA MEMBUAT TEMPAHAN JIKA SAYA DARI LUAR MALAYSIA? KALAU SAYA NAK COD (CASH ON DELIVERY) BOLEH TAK? ADAKAH BUKU & DVD INI ADA DIJUAL DI MANA-MANA KEDAI BUKU? +

JAWAPAN : Ya, pakej TEKNIK FOREX SEBENAR akan dihantar terus ke alamat yang anda isikan ketika mengisi borang tempahan. Anda akan menerima Tracking Number dalam masa 7 hari, dan tempahan anda dijangka akan sampai dalam tempoh 1 minggu (dalam Malaysia) atau 2 minggu (luar negara) daripada hari penerimaan Tracking Number.

Untuk tempahan dari luar Malaysia, caj penghantaran berasingan akan dikenakan. Pakej TEKNIK FOREX SEBENAR ini mengandungi 3 buku dan 1 DVD dalam sebuah kotak eksklusif yang mana berat keseluruhannya ialah 2 kilogram (KG). Bagi negara Brunei, Singapura dan Indonesia, caj penghantarannya ialah RM50.00. Untuk penghantaran ke negara-negara lain, sila email ke [email protected] untuk mengetahui caj penghantaran ke negara anda.

Kami tidak menyediakan perkhidmatan COD atau memasarkan TEKNIK FOREX SEBENAR di mana-mana kedai buku. Segala urusan tempahan hanya diterima secara online sahaja iaitu melalui laman web rasmi kami www.ForexSebenar.com

SOALAN 5 : SAYA SUDAH PERNAH MEMILIKI TEKNIK FOREX SEBENAR DALAM FORMAT DIGITAL (EBOOK & VIDEO). ADAKAH SAYA PERLU MEMBAYAR LAGI JIKA SAYA INGIN MENDAPATKAN PULA TEKNIK FOREX SEBENAR DALAM BENTUK BUKU & DVD INI? +

JAWAPAN : Sekiranya anda pernah TEKNIK FOREX SEBENAR memiliki format digital (edisi-edisi sebelum ini), anda hanya perlu membayar RM150 (termasuk caj penghantaran ke seluruh Malaysia) atau RM200 (Brunei / Singapura / Indonesia) sahaja untuk edisi Buku & DVD ini. Untuk membuat tempahan, sila buat pembayaran (maklumat akaun ada di halaman Tempahan), kemudian email kan nama penuh, nombor handphone, alamat penghantaran beserta bukti pembayaran ke [email protected]. Setelah tempahan anda diterima, kami akan buat semakan rekod dan membalas tempahan anda dalam masa 12 jam.

Untuk harga termasuk caj penghantaran ke negara-negara lain, sila email ke [email protected] untuk mengetahui harga dan caj penghantaran ke negara anda.

SOALAN 6 : APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA TEKNIK FOREX SEBENAR EDISI KE-6 INI DENGAN EDISI-EDISI SEBELUMNYA? +

JAWAPAN : TEKNIK FOREX SEBENAR telah mula diperkenalkan sejak Disember 2011. Sepanjang tempoh 5 tahun ini, ia telah melalui banyak penambahbaikan dalam setiap edisi, antaranya ialah penambahan video tutorial, teknik dan tips-tips terbaru, penjelasan atau kupasan lebih mendalam tentang sesuatu topik serta banyak lagi. Edisi ke-6 adalah edisi yang jauh lebih baik dan lengkap berbanding edisi-edisi sebelumnya. Selain itu juga, kini ia di dalam bentuk fizikal iaitu buku & DVD, berbanding dalam bentuk digital (ebook dan video) sahaja sebelum ini.

SOALAN 7 : BOLEH TAK SAYA TRADE MENGGUNAKAN TABLET ATAU SMARTPHONE? ADAKAH IANYA ADA DIAJARKAN? +

JAWAPAN : Anda perlulah menguasai trading menggunakan komputer atau laptop terlebih dahulu. Ini kerana fungsi platform trading MetaTrader 4 (MT4) versi komputer adalah lebih lengkap berbanding versi smartphone atau tablet (mobile). Jika anda sudah menguasai forex menggunakan komputer, secara automatik anda akan boleh trade menggunakan mobile gadget. MT4 mobile boleh didapati dengan search "Metatrader 4" di Apps Store atau Google Playstore. Cara-cara untuk install, login akaun dan trade menggunakan mobile platform ada diajarkan di dalam Ebook Percuma TEKNIK FOREX SEBENAR.

SOALAN 8 : SAYA SEORANG YANG SANGAT SIBUK BEKERJA. NAK BUAT ANALISIS DAN MEMBACA BERITA EKONOMI NI MEMANG SAYA TAK ADA MASA. JADI MASIH BOLEHKAH SAYA TRADE MENGGUNAKAN TEKNIK FOREX SEBENAR? +

JAWAPAN : SUDAH TENTU BOLEH!! Dalam Trading Plan TEKNIK FOREX SEBENAR, satu per satu langkah diberitahu apa yang anda perlu buat pada pukul 8 pagi, pada hari Selasa, pada hujung minggu dan selanjutnya. Dalam sehari analisis anda tidak memakan masa lebih dari 1 jam pun apabila sudah mahir dan faham sepenuhnya. Kami tidak ajarkan kaedah yang memerlukan anda melekat di hadapan komputer sepanjang masa atau membaca 1,001 berita ekonomi dunia. Dengan analisis teknikal yang diajarkan, ia sudah cukup bagus untuk membantu anda membuat keputusan dengan cepat dan tepat, yang seterusnya menghasilkan profit yang berterusan.

Selain itu, TEKNIK FOREX SEBENAR juga ada mendedahkan 2 kaedah News Trading (lihat testimonial di halaman Utama atau Testimonial), di mana waktu untuk anda trade setiap minggu sudah boleh diketahui lebih awal. Kelebihan lain News Trading ialah anda boleh mendapatkan profit yang banyak dalam masa yang singkat.

SOALAN 9 : SAYA ADA TERBACA DI LAMAN WEB DAN FACEBOOK YANG EN KHALID ADA BUAT KELAS FOREX. BAGAIMANAKAH CARA MENYERTAINYA DAN ADAKAH IANYA PERCUMA? WAJIBKAH SAYA MENYERTAINYA? BAGAIMANA PULA DENGAN PERSONAL ATAU GROUP COACHING? +

JAWAPAN : Kelas forex yang dianjurkan (dikenali sebagai Kelas Advance TEKNIK FOREX SEBENAR) adalah eksklusif untuk pemilik sah TEKNIK FOREX SEBENAR sahaja. Ia tidak dibuka atau dihebahkan kepada pihak luar. Kelas ini dikenakan yuran yang teramatlah berpatutan, dan bilangan peserta maksimum dalam setiap kelas hanyalah 40 orang sahaja. Jadual, lokasi dan yuran kelas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di dalam TEKNIK FOREX SEBENAR Private Group. Buat masa ini kami tidak menyediakan khidmat personal atau group coaching.

Kelas ini adalah KELAS PEMANTAPAN, bukan kelas permulaan kerana TEKNIK FOREX SEBENAR sudahpun lengkap A-Z. Sekiranya anda sudah boleh profit secara konsisten dengan berpandukan buku, video tutorial serta support dari Private Group, ANDA TAK PERLU DATANG KELAS. Namun begitu, jika anda masih tidak dapat memahami apa yang diajarkan dalam TEKNIK FOREX SEBENAR atau ingin memantapkan lagi trade anda, ANDA DIGALAKKAN UNTUK HADIR. 🙂

SOALAN 10 : BERAPAKAH MODAL YANG DIPERLUKAN UNTUK BERMULA? +

JAWAPAN : Modal permulaan adalah mengikut kemampuan masing-masing. Modal minima yang disyorkan untuk latihan ialah USD 50 (kira-kira RM200). Jangan gunakan modal yang terlalu besar jika anda baru hendak bermula.

Berapa modal anda adalah tidak penting. Apa yang lebih penting ialah bagaimana anda mengawal modal tersebut (MONEY MANAGEMENT). Kalau modal anda besar, untung setiap trade juga akan lebih besar. Begitulah juga sebaliknya. Tidak ada beza Money Management modal USD 100 ataupun modal USD 10,000. Prinsip dan kira-kiranya sama sahaja.

SOALAN 11 : SAYA NI TAK ADA MODAL (ATAU MODAL KECIL). BOLEH TAK TEKNIK FOREX SEBENAR MEMBANTU SAYA MENJANA KEUNTUNGAN BESAR DENGAN SEGERA? SAYA ADA BANYAK BENDA NAK PAKAI DUIT CEPAT NI. +

JAWAPAN : TAK BOLEH!! Forex adalah sejenis pelaburan. Anda sememangnya memerlukan modal. Forex adalah untuk semua golongan tetapi anda perlulah sedar hakikat bahawa jika modal kecil, untungnya kecil manakala jika modal besar, tentulah untungnya juga besar. Anda perlulah REALISTIK. Forex bukan cara untuk kaya cepat. Ingatlah pepatah ini...

Jika anda ada modal tetapi tidak ada ilmu, lama-kelamaan duit anda akan habis juga.

Jika anda ada ilmu tetapi tidak ada modal, ilmu akan bantu anda untuk cari modal.

Jadi, laburlah pada ilmu terlebih dahulu. Belajarlah untuk menguasai forex melalui TEKNIK FOREX SEBENAR. Tiada jalan pintas untuk mencipta kejayaan melainkan melalui usaha gigih secara berterusan.

SOALAN 12 : BERDASARKAN PENGALAMAN BERTAHUN-TAHUN EN KHALID DALAM FOREX TRADING, APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TRADER GAGAL MENGUASAI FOREX TRADING, DAN APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA? +

JAWAPAN : Secara umumnya, majoriti trader gagal sebab TIDAK ADA ILMU YANG BETUL. Mereka sayang duit nak melabur pada ilmu lalu mengambil jalan mudah dengan BELAJAR SENDIRI secara percuma melalui internet. Mereka lebih rela "bakar duit" untuk "cuba-cuba" daripada melabur ke dalam diri mereka sendiri (melalui ilmu). OK, itu secara umum.

Secara spesifiknya pula, punca utama trader gagal ialah kerana TAK TAHU MONEY MANAGEMENT. Ini kerana trader terlalu taksub dengan ilmu analisis teknikal lalu mengabaikan money management, malah ilmu ini juga jarang diajarkan.

Seterusnya, TIDAK MENUNGGU CANDLESTICK TIME FRAME BESAR CLOSE (H4 dan Daily). Kalau kita tengok chart selepas Candlestick close, kita akan faham bagaimana nak trade. Terlalu ramai trader yang suka meneka bentuk Candlestick seterusnya. Lebih parah lagi, TAK FAHAM CANDLESTICK LANGSUNG. Selain itu, punca-punca kegagalan lain ialah: Trade waktu yang salah; Trade pairs yang susah nak profit; Gunakan teknik yang salah dan banyak lagi yang akan dijelaskan dalam TEKNIK FOREX SEBENAR.

Jalan penyelesaiannya hanya satu, iaitu dengan mempelajari TEKNIK FOREX SEBENAR kerana semuanya telah disediakan. Anda hanya perlu baca, tonton, fahamkan dan praktis sehingga anda boleh menguasai market. Bantuan berterusan juga disediakan, jadi anda tidak akan dibiarkan terkontang-kanting sendirian.

SOALAN 13 : APA PENDAPAT EN KHALID TENTANG BROKER FOREX SYARIKAT "XYZ"? +

JAWAPAN : Dalam forex terdapat puluhan broker dan kami tak sempat nak kaji semua. Kami yakin kepada broker FxCitizen sahaja kerana chart nya lebih tepat, mudah nak buka akaun, deposit / withdraw sangat pantas serta tidak dikenakan apa-apa caj. Disebabkan itu jugalah kami menjadi ejen kepada FxCitizen. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan broker FxCitizen, anda bebas menggunakan mana-mana broker pilihan anda. Bab Panduan Lengkap Broker Forex ada menerangkan apakah ciri-ciri yang perlu dikaji pada sesuatu broker sebelum anda membuat keputusan untuk memilih mereka.

Seperti yang kami nyatakan di atas, ada beratus-ratus broker forex dalam dunia. Takkan larat punya nak kaji semua. Pilihlah broker yang disyorkan sahaja. Elakkan terlalu taksub dengan pemilihan broker. Apa yang penting ialah duit anda selamat. Kalau anda trader yang profitable, anda tetap boleh buat profit dengan semua broker.

Jika anda berminat untuk membuka Demo atau Real Account FxCitizen seperti kami, anda boleh dapatkan panduan percuma yang kami sediakan. KLIK SINI >>> Panduan Broker FxCitizen

SOALAN 14 : SAYA DAH ADA BROKER SAYA SENDIRI. PERLUKAH SAYA MEMBUKA AKAUN BARU DENGAN BROKER YANG DISYORKAN OLEH TEKNIK FOREX SEBENAR? +

JAWAPAN : TIDAK PERLU. Anda boleh terus menggunakan broker anda sekarang untuk TRADE. Namun begitu, untuk membuat ANALISIS yang tepat, anda perlu menggunakan chart dari broker FxCitizen / FXCM AU. Ini kerana chart mereka lebih tepat menggambarkan keadaan market dan membantu kita untuk profit dengan lebih mudah.

Jadi, jika anda sudah mempunyai broker anda sendiri, anda perlu membuka dua platform MT4 iaitu satu untuk TRADE manakala satu lagi untuk membuat ANALISIS. Untuk lebih memudahkan anda, kami syorkan anda TRADE dan buat ANALISIS dalam satu platform sahaja iaitu dengan hanya menggunakan broker FxCitizen. KLIK SINI UNTUK PANDUAN PERCUMA >>> Panduan Broker FxCitizen

SOALAN 15 : SAYA LIHAT ADA BANYAK INDICATOR / ROBOT / EBOOK / BUKU FOREX DI LUAR SANA. JADI, APAKAH KELAINAN TEKNIK FOREX SEBENAR BERBANDING MEREKA? +

JAWAPAN : TEKNIK FOREX SEBENAR mengajar anda ilmu forex yang lengkap! Teknik yang hebat sahaja tidak mencukupi kalau kawalan modal dan emosi anda tidak betul. Ketiga-tiga elemen ini perlu seiring dan tidak boleh dipisahkan. TEKNIK FOREX SEBENAR juga mendedahkan semua kesilapan besar yang dilakukan oleh para traders, petua memilih broker forex dan banyak lagi. A-Z tentang forex semuanya ada di dalam.

SOALAN 16 : APAKAH TEKNIK-TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM TEKNIK FOREX SEBENAR? +

JAWAPAN : TEKNIK FOREX SEBENAR adalah lebih kepada Analisis Teknikal. IA LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN APA-APA INDICATOR ATAU ROBOT. Sebaliknya, teknik ini hanya menggunakan Tools asas seperti Candlestick, Support and Resistance dan Trendline. Anda perlu menggunakan teknik-teknik seperti ini untuk Money Management yang betul. Anda tidak boleh merisikokan USD 50 untuk mendapatkan profit USD 10. Anda perlukan teknik yang boleh memberikan anda profit 2 - 3 kali ganda daripada risiko yang anda ambil, barulah berbaloi!

Percayalah, dengan hanya menggunakan tools - tools asas seperti ini, anda mampu meraih puluhan pips dengan satu trade sahaja. Selain itu, anda juga hanya perlu membuat analisis tak sampai 1 jam sehari. Dengan TEKNIK FOREX SEBENAR, anda tak perlu ragu-ragu kerana ia sememangnya digunakan oleh trader professional dan benar-benar berkesan sejak 400 tahun dahulu sehinggalah sekarang.

SOALAN 17 : SAYA MERUPAKAN SEORANG GOLD / SILVER / CPO / STOCK TRADER. BOLEHKAH ILMU DALAM TEKNIK FOREX SEBENAR DIGUNAKAN? +

JAWAPAN : BOLEH!! Seperti yang diterangkan di dalam jawapan FAQ Nombor 16, TEKNIK FOREX SEBENAR hanya menggunakan teknik-teknik klasik yang kekal relevan dalam semua jenis pasaran sejak 400 tahun dahulu hingga sekarang! GOLD, SILVER, CPO, STOCKS, FUTURES, OPTIONS dan lain-lain semua boleh mendapat manfaat daripadanya kerana psikologi trader adalah sama sahaja dalam semua jenis pasaran.

Lihat profit Gold trader tegar di bawah. Selamba je boleh dapat 3,000 pips dalam 1 trade!

Testi Gold

SOALAN 18 : SAYA DULU DAH BANYAK BACA EBOOK DAN CUBA MACAM-MACAM TEKNIK, TAPI SIA-SIA SEMUANYA! KATA RAHSIA PADAHAL BIASA JE! SAYA DAH PENAT DUIT HABIS HASIL TAK ADA. BOLEH PERCAYA KE TEKNIK FOREX SEBENAR NI? KE NAK KAUT UNTUNG MELALUI JUALAN TEKNIK FOREX SEBENAR NI JE? +

JAWAPAN : Sudah tentu BOLEH!! Tiada apa yang dirahsiakan dalam TEKNIK FOREX SEBENAR. Teknik-teknik yang digunakan sudah dinyatakan dalam jawapan FAQ Nombor 16 di atas. Selain itu, apa yang bakal diajarkan juga telah didedahkan dalam EBOOK PERCUMA TFS. Pendekatan yang digunakan juga berbeza, di mana anda diajar untuk mendapatkan pips banyak dengan lot kecil, bukan sebaliknya. Oh ya, kami turut menawarkan MONEY BACK GUARANTEE selama 90 hari untuk anda mencuba TEKNIK FOREX SEBENAR. Ia satu pelaburan yang tidak berisiko di pihak anda. Anda sudah boleh tahu segalanya sebelum anda membuat tempahan.

SOALAN 19 : BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBUKA TRADING ACCOUNT DAN BERAPAKAH HAD UMUR YANG DIBENARKAN? +

JAWAPAN : Untuk membuka trading account, anda mestilah berusia 18 tahun dan ke atas. Cara untuk membuka trading account adalah sangat-sangat mudah. Anda hanya perlu masuk ke website broker pilihan anda >>> isikan borang online >>> email / upload gambar IC dan dokumen pengesahan alamat kepada mereka. Setelah trading account anda dibuka, barulah anda depositkan modal ke akaun anda melalui online banking, cash deposit machine, kad kredit, kad debit atau wire transfer.

Dalam TEKNIK FOREX SEBENAR, ilmu berkaitan broker ada diterangkan di dalam Bab Panduan Lengkap Broker Forex.

SOALAN 20 : SAYA BANYAK DENGAR CERITA YANG KATA FOREX NI TIPU. BETUL KE?! +

JAWAPAN : SALAH SAMA SEKALI!! Forex adalah satu perniagaan yang sah dan amat popular di luar negara. Kes-kes penipuan yang kononnya melibatkan forex di Malaysia biasanya terjadi seperti ini:

1) Melabur ke dalam pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan (skim cepat kaya atau 4D, Duduk Diam Dapat Duit)

2) Memberikan modal kepada trader persendirian yang menjanjikan profit bulanan

3) Memasukkan wang kepada akaun persendirian, bukan secara terus kepada broker

4) Melabur menerusi broker yang tidak mempunyai reputasi kukuh atau berdaftar

5) Menyertai MLM yang kononnya menjana pendapatan menerusi forex

Forex trading yang sebenarnya ialah Masukkan modal terus kepada broker >>> Buat analisis pada chart >>> Buy / Sell matawang >>> Dapat Profit / Loss >>> Withdraw profit ke akaun bank. Hanya ada 2 pihak sahaja, iaitu ANDA dan BROKER. Anda seharusnya berurusan secara terus dengan broker, bukan melalui orang tengah! Dalam forex, tiada istilah labur kemudian goyang kaki tunggu duit. ANDA PERLU TRADE SENDIRI!! Selain itu, forex tidak memerlukan pelanggan / downline / klien / jual barang dan sebagainya. Jika anda disuruh berbuat demikian, itu besar kemungkinan adalah satu penipuan.

Jangan risau, TEKNIK FOREX SEBENAR langsung tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penipuan yang dinyatakan. :-)

SOALAN 21 : ADAKAH PIHAK TEKNIK FOREX SEBENAR ADA MENYEDIAKAN KHIDMAT TOLONG TRADE (MANAGED FUND) ATAU MENGANJURKAN SKIM PELABURAN FOREX? +

JAWAPAN : TIDAK SAMA SEKALI!! Menganjurkan apa-apa skim pelaburan adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan yang amat tegas oleh pihak berkuasa! Untuk pengetahuan anda, hanya bank dan institusi kewangan berlesen sahaja yang boleh menerima deposit daripada orang ramai. Selain daripada mereka, tidak ada sesiapapun yang boleh mengambil deposit daripada orang ramai.

Sekiranya ada sesiapa yang mengajak anda untuk melabur dalam skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan, ITU ADALAH SATU PENIPUAN!! Skim-skim sebegini sudah banyak menipu orang. Perjanjian yang ditandatangani (jika ada) tidak boleh digunapakai kerana tidak sah dari segi undang-undang. Jika anda melabur juga ke dalam skim-skim sebegini, bersiap-sedialah untuk berputih mata.

Pendekatan yang kami gunakan di TEKNIK FOREX SEBENAR ialah kami mengajar anda cara untuk "MEMANCING", bukan "MEMBERI IKAN". Jika kami memberi anda ikan, anda akan kenyang sekejap sahaja selepas itu anda akan lapar semula (dan minta ikan lagi). Sebaliknya, jika kami mengajar anda untuk memancing, anda boleh mencari "ikan" anda sendiri bila-bila masa yang anda suka. Forex trading tidaklah sesusah mana pun jika anda mendapat ilmu dan tunjuk ajar yang betul. Ianya boleh dikuasai. Orang lain boleh, kenapa tidak anda?

SOALAN 22 : BOLEH CERITAKAN SEDIKIT TENTANG MONEY MANAGEMENT (PENGURUSAN KEWANGAN) MENGIKUT CARA TEKNIK FOREX SEBENAR? +

JAWAPAN : Money Management merupakan strategi bagaimana kita mengawal modal trading kita. Konsep paling asas ialah pastikan DUIT MASUK > DUIT KELUAR, dan risikokan seminimum mungkin modal untuk setiap trade. Konsep ini sangat-sangat mudah tetapi ramai trader gagal kerana dikuasai oleh emosi dalam trading.

TEKNIK FOREX SEBENAR akan mengajar anda segala ilmu yang diperlukan untuk mengawal modal anda dengan cara yang efektif. Risiko Minimum, tetapi Untung Maksimum. Itulah dia TEKNIK FOREX SEBENAR.

SOALAN 23 : BERAPAKAH HARGA PAKEJ LENGKAP BUKU & DVD TEKNIK FOREX SEBENAR? +

JAWAPAN : Harga pakej lengkap TEKNIK FOREX SEBENAR termasuk Buku I, Buku II, Trading Journal, DVD, keahlian TFS Private Group dan semua yang dinyatakan di halaman Utama ialah RM698 sahaja untuk 250 unit pertama.

Harga akan dinaikkan ke RM798 sebaik sahaja kuota 250 unit ini dipenuhi. Biasanya ia akan dipenuhi dalam 2 – 3 hari sahaja kerana laman web kami dilayari lebih 1,000 orang sehari! Jadi, untuk mengelakkan kekecewaan, sila buat tempahan segera dengan klik pada butang "Tempah Sekarang!" yang terdapat di bahagian bawah FAQ ini.

SOALAN 24 : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "JAMINAN PEMULANGAN WANG DALAM 90 HARI" TERSEBUT? BOLEH DAPAT BALIK MODAL KALAU RUGI KE? +

JAWAPAN : Jaminan pemulangan wang selama 90 hari meliputi harga yang dibayar untuk memiliki pakej TEKNIK FOREX SEBENAR iaitu RM698. Ia satu tempoh yang cukup lama untuk menilai kualiti sesuatu produk dan juga keberkesanan sesuatu strategi. Anda tidak perlu menanggung apa-apa risiko. Kalau TEKNIK FOREX SEBENAR ni bagus, teruskanlah. Kalau tidak, minta sahaja refund dalam tempoh 90 hari. Anda cuma perlu email ke [email protected] dan beritahu yang anda mahu memohon refund. Semudah itu sahaja! Anda tak perlu pun pulangkan Buku & DVD yang telah anda terima. Anggap sahajalah ia hadiah ikhlas daripada kami, ok? 😉

SOALAN 25 : APAKAH JENIS SOKONGAN / BANTUAN (SUPPORT) YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK TEKNIK FOREX SEBENAR? +

JAWAPAN : Support disediakan melalui 5 medium perantaraan iaitu:

1) Email – [email protected]

2) SMS / Telefon – +6017 2304 900

3) Fanpage Facebook TEKNIK FOREX SEBENAR (facebook.com/teknikforexsebenar)

4) TFS Private Group (eksklusif untuk pemilik sah TEKNIK FOREX SEBENAR sahaja)

5) Isikan borang Hubungi DI SINI

Soalan anda tiada di atas? Hubungi kami DI SINI 🙂

Laman sesawang ini dimiliki oleh TFS KayaMuda Sdn Bhd (1159983-M)